Saturday, 29 November 2014

HAZARD DI TEMPAT KERJA

APAKAH ITU HAZARD ??


Hazard boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza dari segi akibatnya daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. 

Hazard juga boleh ditakrifkan sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakkan harta benda, kerosakkan sekitaran tempat kerja dan sebagainya. Bahan kimia, sinaran elektrik, biohazard, sistem kerja yang tidak selamat adalah merupakan beberapa contoh hazard yang terdapat di tempat kerja.

KATEGORI HAZARD


Bagi memastikan sebanyak mana hazard di tempat kerja, hazard-hazard ini perlulah dikategorikan. semakin banyak hazard yang dikenalpasti, semakin lengkap usaha mengawal hazard pekerjaan dan seterusnya mencegah kemalangan.

Berikut merupakan kategori-kategori hazard di tempat kerja:


a) Hazard Elektrik
  • Hazard elektrik boleh mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran akibat lebihan beban dan menjadi panas, dan percikkan atau "arcing".



b) Hazard Mekanikal
  • Hazard yang berkaitan dengan kuasa mekanikal yang terdapat pada mesin. Antara contoh hazard ini termasuklah bahagian bergerak, memotong, menyepit, berputar dengan pantas, menghentak dan menghempap. 




c) Hazard Sinaran
  • Hazard sinaran adalah hazard yana mampu mengakibatkan pengionan atom misalnya sinaran gama, zarah alfa, beta. Pendedahan sinaran kepada dos tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Boleh menyebabkan kelecuran sinaran dan maut. Pendedahan sinaran kepada dos rendah dalam tempoh masa yang panjang boleh mengakibatkan barah dan kecacatan anak dalam kandungan selain memberi kesan kepada genetik.




d) Hazard Kimia
  • Hazard ini boleh berlaku diantaranya melalui sentuhan ataupun terhidu. Hazard kimia dinyatakan mudah terbakar, meletup, korosif dan sebagainya. terdapat pelbagai jenis bahan kimia dan setiap jenis bahan kimia ini mempunyai tindakbalas dan ketoksikan berbeza.



e) Hazard Fizikal
  • Hazard ini berpunca dari mesin dan peralatan tangan yang digunakan kerana digunakan oleh pekerja yang tidak mahir, peralatan yang tidak diselenggara dengan baik, sehingga boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna.

Peralatan Tangan


f) Hazard Biologi
  • Hazard ini berpunca daripada benda hidupan seperti bakteria, virus, dan sebagainya. Sebagai contoh biohazard yang sangat diawasi di tempat kerja termasuklah virus HIV. kalangan pekerja adalah golongan berisiko tinggi.




g) Hazard Psikososial
  • Kesilapan pekerja melakukan pekerjaan dan perbuatan mereka yang sangat berbahaya adalah penyumbang kepada kebanyakkan kemalangan pekerjaan. Sikap suka mengambil risiko, suka melanggar peraturan adalah antara hazard psikososial. Pengaruh luaran seperti masalah pengurusan majikan, desakkan rumahtangga, perhubungan rakan sekerja yang boleh memberi tekanan kepada pekerja yang tidak mampu menangganinya berpotensi memberikan tindakbalas hazard psikososial.



h) Hazard Ergonomik
  • Hazard ini berkaitan dengan cara kesesuaian pekerja dengan sekitarnya. Hazard ini selalu dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan reka bentuk kejuruteraan mengikut keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Contohnya pekerjaan menaip dalam keadaan tidak ergonomik mampu mengakibatkan sakit belakang.




i) Hazard Alam Sekitar
  • Faktor cuaca dan sekitaran kerja boleh mempengaruhi cara manusia dan pencapaiannya. Sekitaran kerja yang ekstrim memberi kesan negatif kepada cara kerja dilakukan dan boleh menyumbang kepada kesilapan melakukan kerja. Tekanan alam sekitar juga boleh mengubah sifat bahan. Perubahan dan kelemahan sifat bahan seperti berkarat, haus, lusuh dan sebagainya.

KAEDAH MENGENALPASTI HAZARD DI TEMPAT KERJA




Mari kita lihat video di bawah..!




Oleh itu, untuk mengelak kemalangan seperti video ini berlaku, kita haruslah berhati-hati sewaktu melakukan kerja kita. 

Kemalangan boleh berlaku tanpa mengira waktu dan tempat. Berhati-hatilah. Ingatlah orang yang tersayang. 



SEKIAN (:





6 comments:

SLIDESHOW