"Menyatakan mencegah lebih baik daripada
merawat"
Dalam mencegah kemalangan ini, prinsip pencegahan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Buruh dan Perkhidmatan Kebangsaan UK 1956. Antara prinsip yang digunapakai ialah:
- Kerjasama pengurusan dengan pekerja mestilah berterusan dan bersungguh-sungguh
- Pemimpin tertinggi dan semua peringkat mestilah menyokong langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan
- Dasar keselamatan dan kesihatan hendaklah jelas dan diketahui oleh semua peringkat
- Pengetahuan dan kaedah terbaik mestilah digunakan.
Selain mengawal kemalangan yang berlaku, terdapat juga teori
mengawal hazard iaitu :
1. Menghapuskan hazard dari tempat kerja
2. Mengalihkan hazard ke tempat lain
3. Kawalan kejuruteraan dengan menggunakan alatan tertentu
4. Kawalan pentadbiran dengan membuat prosedur
tertentu
5. Penggunaan PPE (Personal Protection Equipment)
Keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja perlu
dititik beratkan kerana ia banyak memberi kesan yang baik kepada pekerja dan
organisasi. Untuk merealisasikan perkara ini perlu wujud kerjasama yang erat
antara organisasi dan pekerja. Peningkatan pengetahuan, kemahiran dan
penguatkuasaan secara berterusan sangat penting dalam menjamin suasana, keadaan
dan kelakuan kerja yang selamat dapat diwujudkan. Keselamatan dan kesihatan
pekerja perlulah diberi keutamaan dari segala-segalanya.
(: