Monday, 1 December 2014

LANGKAH PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA


"Menyatakan mencegah lebih baik daripada merawat"

Dalam mencegah kemalangan ini, prinsip pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Buruh dan Perkhidmatan Kebangsaan UK  1956. Antara prinsip yang digunapakai ialah:

  • Kerjasama pengurusan dengan pekerja mestilah             berterusan dan bersungguh-sungguh
  • Pemimpin tertinggi dan semua peringkat mestilah menyokong langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan
  • Dasar keselamatan dan kesihatan hendaklah jelas dan diketahui oleh semua peringkat
  • Pengetahuan dan kaedah terbaik mestilah digunakan.



Selain mengawal kemalangan yang berlaku, terdapat juga teori mengawal hazard iaitu :

1. Menghapuskan hazard dari tempat kerja
2. Mengalihkan hazard ke tempat lain
3. Kawalan kejuruteraan dengan menggunakan alatan tertentu
4. Kawalan pentadbiran dengan membuat prosedur tertentu
5. Penggunaan PPE (Personal Protection Equipment)


                     




Keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja perlu dititik beratkan kerana ia banyak memberi kesan yang baik kepada pekerja dan organisasi. Untuk merealisasikan perkara ini perlu wujud kerjasama yang erat antara organisasi dan pekerja. Peningkatan pengetahuan, kemahiran dan penguatkuasaan secara berterusan sangat penting dalam menjamin suasana, keadaan dan kelakuan kerja yang selamat dapat diwujudkan. Keselamatan dan kesihatan pekerja perlulah diberi keutamaan dari segala-segalanya.

(:

1 comment:

SLIDESHOW