Saturday, 29 November 2014
HAZARD DI TEMPAT KERJA
APAKAH ITU HAZARD ??
Hazard boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza dari segi akibatnya daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil.
Hazard juga boleh ditakrifkan sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakkan harta benda, kerosakkan sekitaran tempat kerja dan sebagainya. Bahan kimia, sinaran elektrik, biohazard, sistem kerja yang tidak selamat adalah merupakan beberapa contoh hazard yang terdapat di tempat kerja.
KATEGORI HAZARD
Bagi memastikan sebanyak mana hazard di tempat kerja, hazard-hazard ini perlulah dikategorikan. semakin banyak hazard yang dikenalpasti, semakin lengkap usaha mengawal hazard pekerjaan dan seterusnya mencegah kemalangan.
Berikut merupakan kategori-kategori hazard di tempat kerja:
a) Hazard Elektrik
- Hazard elektrik boleh mengakibatkan kejutan elektrik, kebakaran akibat lebihan beban dan menjadi panas, dan percikkan atau "arcing".
b) Hazard Mekanikal
- Hazard yang berkaitan dengan kuasa mekanikal yang terdapat pada mesin. Antara contoh hazard ini termasuklah bahagian bergerak, memotong, menyepit, berputar dengan pantas, menghentak dan menghempap.
c) Hazard Sinaran
- Hazard sinaran adalah hazard yana mampu mengakibatkan pengionan atom misalnya sinaran gama, zarah alfa, beta. Pendedahan sinaran kepada dos tinggi dalam tempoh masa yang singkat. Boleh menyebabkan kelecuran sinaran dan maut. Pendedahan sinaran kepada dos rendah dalam tempoh masa yang panjang boleh mengakibatkan barah dan kecacatan anak dalam kandungan selain memberi kesan kepada genetik.
d) Hazard Kimia
- Hazard ini boleh berlaku diantaranya melalui sentuhan ataupun terhidu. Hazard kimia dinyatakan mudah terbakar, meletup, korosif dan sebagainya. terdapat pelbagai jenis bahan kimia dan setiap jenis bahan kimia ini mempunyai tindakbalas dan ketoksikan berbeza.
e) Hazard Fizikal
- Hazard ini berpunca dari mesin dan peralatan tangan yang digunakan kerana digunakan oleh pekerja yang tidak mahir, peralatan yang tidak diselenggara dengan baik, sehingga boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna.
Peralatan Tangan
f) Hazard Biologi
- Hazard ini berpunca daripada benda hidupan seperti bakteria, virus, dan sebagainya. Sebagai contoh biohazard yang sangat diawasi di tempat kerja termasuklah virus HIV. kalangan pekerja adalah golongan berisiko tinggi.
g) Hazard Psikososial
- Kesilapan pekerja melakukan pekerjaan dan perbuatan mereka yang sangat berbahaya adalah penyumbang kepada kebanyakkan kemalangan pekerjaan. Sikap suka mengambil risiko, suka melanggar peraturan adalah antara hazard psikososial. Pengaruh luaran seperti masalah pengurusan majikan, desakkan rumahtangga, perhubungan rakan sekerja yang boleh memberi tekanan kepada pekerja yang tidak mampu menangganinya berpotensi memberikan tindakbalas hazard psikososial.
h) Hazard Ergonomik
- Hazard ini berkaitan dengan cara kesesuaian pekerja dengan sekitarnya. Hazard ini selalu dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan reka bentuk kejuruteraan mengikut keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Contohnya pekerjaan menaip dalam keadaan tidak ergonomik mampu mengakibatkan sakit belakang.
i) Hazard Alam Sekitar
- Faktor cuaca dan sekitaran kerja boleh mempengaruhi cara manusia dan pencapaiannya. Sekitaran kerja yang ekstrim memberi kesan negatif kepada cara kerja dilakukan dan boleh menyumbang kepada kesilapan melakukan kerja. Tekanan alam sekitar juga boleh mengubah sifat bahan. Perubahan dan kelemahan sifat bahan seperti berkarat, haus, lusuh dan sebagainya.
KAEDAH MENGENALPASTI HAZARD DI TEMPAT KERJA
Mari kita lihat video di bawah..!
Oleh itu, untuk mengelak kemalangan seperti video ini berlaku, kita haruslah berhati-hati sewaktu melakukan kerja kita.
Kemalangan boleh berlaku tanpa mengira waktu dan tempat. Berhati-hatilah. Ingatlah orang yang tersayang.
SEKIAN (:
KEMALANGAN
KEMALANGAN MENGIKUT OSHA
Kemalangan dari sudut kemalangan termasuk mana-mana situasi tidak diingini yang menimbulkan ketidaksempurnaan (ill-health) atau kecederaan, kerosakkan kepada harta benda, loji, hasilan atau kepada persekitaran, kerugian pengeluaran atau peningkatan liabiliti.
Kemalangan juga termasuk semua situasi yang tidak diingini atau pengelakkan (near misses) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kemalangan.
KECEDERAAN MENGIKUT OSHA
Kecederaan ialah kecederaan kepada tubuh (yang diperolehi) disebabkan kemalangan. Contohnya, "leceration, abrasion, bruise, puncture, wound, particulates, fracture ", dan sebagainya.
PENGELASAN KEMALANGAN
KAEDAH PENGUMPULAN DAN MENINTERPRETASIKAN DATA-DATA PENYIASATAN
LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYIASATAN
1. Mengetahui jenis-jenis kemalangan yang mesti dilaporkan :
- kemalangan melibatkan kematian
- kemalangan menyebabkan kecederaan/keuzuran (illness)
- penyakit
- insiden gas
- kejadian merbahaya
2. Mengetahui kejadian :
- bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian
- prosedur untuk melaporkan kejadian
- polisi diberitahu
- menyediakan rajah urutan
3. Ketibaan ditempat kejadian
- tindakan pertama dan segera
- membantu pertolongan cemas
- mengeluarkan mangsa
- mengasingkan mangsa tapak kejadian
- memberitahu keluarga mangsa
- kaitan dengan penyiasatan polis
4. Penyiasatan
- prosedur menyiasat
- senarai orang yang perlu diberitahu
- laporan kepada pihak berkuasa mengikut peruntukan undang-undang
- membuat lawatan segera ke tempat kejadian
- mendapatkan bukti yang tepat dengan segera
- berada di tapak yang betul
- menemuduga saksi
5. Laporan penyiasatan
- kandungan
- maklumbalas yang positif
- cadangan
- kesimpulan
- kerjasama berterusan
SEBAB-SEBAB KEMALANGAN TIDAK DILAPORKAN
1. takut dikenakan tindakan disiplin
2. imej peribadi terjejas
3. mencemarkan rekod
4. prosedur yang terlalu rumit
5. kurang fahaman
CARA-CARA BAGI MENGGALAKKAN LAPORAN DIBUAT
1. sikap toleransi dan bertimbang rasa
2. semangat melindungi rakan
3. menggunakan perangkaan secara positif
4. memudahkan sistem laporan
5. meningkatkan kesedaran - program bersepadu
STATISTIK KEMALANGAN MENGIKUT SEKTOR
CONTOH-CONTOH KEMALANGAN INDUSTRI
MARI KITA LIHAT VIDEO INI...!
SEKIAN. (:
UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
APAKAH UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ???
Terdapat dua undang-undang TERPENTING berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia adalahhhh..
Selain daripada Akta Kilang dan Jentera dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ada lagi undang-undang khusus yang relevan dengan industri tertentu seperti Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984. Dalam ruang ini tertumpu kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) kerana undang-undang ini berkaitan dengan semua tempat kerja. Walau bagaimanapun, keperluan kesihatan pekerja terdapat di dalam Akta Kilang dan Jentera.
TINDAKAN UNTUK MEMBUAT TEMPAT KERJA SELAMAT
Undang-undang berhubung dengan keselamatan perlu dipatuhi, tetapi anda patut lebih mengambil berat mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja anda supaya kemalangan dapat dikurangkan dan pekerja lebih sihat untuk bekerja. Pengambilan pekerja adalah contoh aktiviti sumber manusia yang boleh dilakukan sekali sekala apabila pekerja baru diperlukan. Tetapi keselamatan adalah berbeza. Keselamatan di tempat kerja perlu difikirkan pada setiap hari.
APAKAH ITU POLISI KESELAMATAN??
Semua organisasi yang mempunyai lebih daripada 5 orang pekerja mestilah ada satu polisi keselamatan dan kesihatan bertulis yang dipamerkan dengan jelas di dalam syarikat. Polisi keselamatan terangkan mengenai....
Sekiranya syarikat anda belum ada polisi keselamatan, pihak sumber manusia bertanggungjawab menyediakan dengan segera. Adalah satu kesalahan sekiranya syarikat tidak mempunyai polisi keselamatan. Seperti dokumentasi sumber manusia yang lain, anda tidak perlu menulis polisi keselamatan dari mula. Cari dalam internet dan dapatkan salinan daripada syarikat lain, terutama sekali dalam industri yyang sama seperti syarikat anda. Pilih dua atau tiga contoh untuk dibincang bersama dalam mesyuarat dengan semua pengurus kanan dan siapkan polisi syarikat yang muktamad.
Polisi keselamatan perlu ditandatangani oleh Ketua Eksekutif dan catitkan tarikhnya.
Sebaik sahaja polisi dipersetujui, semua pekerja mestilah dimaklumkan. Salinan polisi patut diberi kepada setiap pekerja dan mereka mesti memperakui secara bertulis, bahawa mereka telah terima satu salinan, faham dengan polisi terssebtu dan setuju melaksanakannya dengan seberapa baik yang mungkin. Perakuan ini akan disimpan di dalam fail rekod peribadi pekerja. Pekerja yang baru bekerja dengan organisasi juga akan diberi satu salinan semasa program induksi. Polisi keselamatan tidak perlu dikemaskinikan atau diubah selalu. Selagi organisasi masih menjalankan jenis perniagaan yang sama, polisi tidak perlu diubah.
Sekian. (:
Friday, 28 November 2014
GENG EMPAT SEKAWAN :)
DUNIA BARU KAMI
Lupa pulak nak kenalkan geng empat sekawan kami yang baru nak up dalam blog ni . HAHAHA
Kami saling mengenali sejak dari zaman diploma sehingga lah sekarang zaman degree .
Ni lah ahlinya geng empat sekawan kami yang sedang mengikuti pembelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang
Pendidikan Teknikal dan Vokasional . :)
Dari KIRI :
Bernama SITI NOR AZLINA BT MUSA. Berasal dari KULIM,KEDAH
Second pulak diberi nama IZZATI BT ALWALY . Berasal dari KOTA KUALA MUDA , KEDAH
Yang berbaju pink diberi nama NOOR SYAHIRAH BT MD SAAD berasal dari BUKIT TAMBUN, PULAU PINANG
Dan yang kanan sekali bernama NUR SYAHIRAH BT AHMAD. Dia berasal dari BALING, KEDAH .
Kami masih baru .
Kami cuba menceburi bidang blog ni .
Mohon semua sudi membaca blog kami yang tak seberapa ini .
Thursday, 27 November 2014
KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
APA ITU KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA ?
" Apakah yang bezanya kemalangan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya ? " Sudah tentu kita semua dapt membezakan kedua-dua jenis kemalangan ini iaitu kemalangan jalan raya adalah kemalangan atau kecelakaan yang terjadi semasa kita berada di jalan raya.
Manakala kemalangan di tempat kerja adalah bencana atau kecelakaan yang berlaku ketika di tempat kerja seperti terjatuh dari tempat tinggi semasa bekerja di tapak pembinaan dan sebagainya.
Tanpa kita sedari sebenarnya kita lebih berisiko untuk mendapat kemalangan di tempat kerja berbanding dengan kemalangan jalan raya.
Ini kerana tempoh kita berada di tempat kerja lebih lama berbanding di jalan raya (kecuali pemandu). Umum beranggapan kemalangan di tempat kerja ini hanya melibatkan kerja di kawasan tapak projek pembinaan, perlombongan dan kilang seperti kuari serta yang melibatkan kerja buruh.
Sebenarnya ia merangkumi semua tempat pekerjaan dari kerja di pejabat hinggalah ke ladang seperti pertanian, perhutanan, perikanan, pengangkutan, penyimpanan, komunikasi, perkhidmatan (gas, elektrik, air dan kebersihan), perdagangan borong dan runcit, kewangan, hotel, restoran dan banyak lagi.
PUNCA KEMALANGAN
Pengamalan budaya kerja yang selamat dan sihat memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak dalam organisasi. Golongan pekerja sering menyalahkan pihak pengurusan kerana tidak menyediakan peralatan yang selamat manakala pihak pengurusan menyalahkan pekerja tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika keadaan ini berterusan dan berlaku kemalangan ia akan merugikan kedua-dua belah pihak. Kecenderungan utama berlaku kemalangan du tempat kerja boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :
a) Faktor Peribadi
Ilmu pengetahuan pekerja tidak mencukupi serta pekerja tersebut tidak mahir dalam mengendalikan. Selain itu keadaan motivasi, fizikal dan mental yang lemah boleh mengundah kemalangan ketika melaksanakan kerja.
b) Faktor Pekerjaan
Persekitaran peralatan dan kawasan kerja yang tidak sesuai dan rekabentuk serta rutin senggaraan yang dilakukan juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Contohnya jam operasi jentera yang telah melampaui tempoh yang ditetapkan.
c) Prestasi Penyeliaan
Kegagalan mematuhi prosedur dan arahan yang disampaikan tidak sempurna serta kelengkapan yang disediakan tidak mencukupi dalam melaksanakan sesuatu kerja . Selain itu sering mengambil mudah sesuatu prosedur yang telah ditetapkan dan peraturan yang ada tidak dikuatkuasakan.
d) Polisi dan Keputusan Pengurusan
Dalam melaksanakan sesuatu prosedur dan proses kerja pihak pengurusan hendaklah mengkaji dengan lebih mendalam sebelum ia digunapakai supaya tidak mengundang kemalangan semasa kerja dilaksanakan.
Punca langsung kemalangan pula lebih menjurus kepada kelakuan tidak selamat pekerja dan keadaan kerja ayng tidak selamat. Kelakuan pekerja yang tidak selamat ini boleh ditafsirkan sebagai melaksanakan kerja dalam keadaan terdedah kepada hazard antaranya tidak menggunakan peralatan yang betul, tidak memakai Personal Protective Equipment(PPE) apabila diperlukan, menggunakan peralatan serta jentera yang tidak atau masih dalam senggaraan, bergurau senda semasa kerja dan bekerja dibawah pengaruh dadah atau alkohol.
Bagi bekerja dalam keadaan tidak selamat pula ianya lebih tertumpu kepada keadaan di tempat kerja. Suasana tempat kerja boleh menyebabkan berlakunya kemalangan seperti bunyi bising yang melampau sehingga menyukarkan perhubungan komunikasi antara pekerja, sistem pengudaraan dan pencahayaan yang tidak sempurna, ruang kerja yang tidak dihadang terutamanya bekerja di tempat tinggi dan persekitaran yang terdedah kepada hazard seperti lubang yang tidak ditutup.
Salah satu kerja yang menyebabkan kemalangan berlaku
Subscribe to:
Posts (Atom)