Thursday, 27 November 2014

KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA


APA ITU KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA ?



" Apakah yang bezanya kemalangan di tempat kerja dan kemalangan jalan raya ? " Sudah tentu kita semua dapt membezakan kedua-dua jenis kemalangan ini iaitu kemalangan jalan raya adalah kemalangan atau kecelakaan yang terjadi semasa kita berada di jalan raya. 
Manakala kemalangan di tempat kerja adalah bencana atau kecelakaan yang berlaku ketika di tempat kerja seperti terjatuh dari tempat tinggi semasa bekerja di tapak pembinaan dan sebagainya. 
Tanpa kita sedari sebenarnya kita lebih berisiko untuk mendapat kemalangan di tempat kerja berbanding dengan kemalangan jalan raya.
Ini kerana tempoh kita berada di tempat kerja lebih lama berbanding di jalan raya (kecuali pemandu). Umum beranggapan kemalangan di tempat kerja ini hanya melibatkan kerja di kawasan tapak projek pembinaan, perlombongan dan kilang seperti kuari serta yang melibatkan kerja buruh.
Sebenarnya ia merangkumi semua tempat pekerjaan dari kerja di pejabat hinggalah ke ladang seperti pertanian, perhutanan, perikanan, pengangkutan, penyimpanan, komunikasi, perkhidmatan (gas, elektrik, air dan kebersihan), perdagangan borong dan runcit, kewangan, hotel, restoran dan banyak lagi.

PUNCA KEMALANGAN

Pengamalan budaya kerja yang selamat dan sihat memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak dalam organisasi. Golongan pekerja sering menyalahkan pihak pengurusan kerana tidak menyediakan peralatan yang selamat manakala pihak pengurusan menyalahkan pekerja tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika keadaan ini berterusan dan berlaku kemalangan ia akan merugikan kedua-dua belah pihak. Kecenderungan utama berlaku kemalangan du tempat kerja boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu :

a) Faktor Peribadi
Ilmu pengetahuan pekerja tidak mencukupi serta pekerja tersebut tidak mahir dalam mengendalikan. Selain itu keadaan motivasi, fizikal dan mental yang lemah boleh mengundah kemalangan ketika melaksanakan kerja.

b) Faktor Pekerjaan
Persekitaran peralatan dan kawasan kerja yang tidak sesuai dan rekabentuk serta rutin senggaraan yang dilakukan juga boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Contohnya jam operasi jentera yang telah melampaui tempoh yang ditetapkan.

c) Prestasi Penyeliaan
Kegagalan mematuhi prosedur dan arahan yang disampaikan tidak sempurna serta kelengkapan yang disediakan tidak mencukupi dalam melaksanakan sesuatu kerja . Selain itu sering mengambil mudah sesuatu prosedur yang telah ditetapkan dan peraturan yang ada tidak dikuatkuasakan.

d) Polisi dan Keputusan Pengurusan
Dalam melaksanakan sesuatu prosedur dan proses kerja pihak pengurusan hendaklah mengkaji dengan lebih mendalam sebelum ia digunapakai supaya tidak mengundang kemalangan semasa kerja dilaksanakan.

Punca langsung kemalangan pula lebih menjurus kepada kelakuan tidak selamat pekerja dan keadaan kerja ayng tidak selamat. Kelakuan pekerja yang tidak selamat ini boleh ditafsirkan sebagai melaksanakan kerja dalam keadaan terdedah kepada hazard antaranya tidak menggunakan peralatan yang betul, tidak memakai Personal Protective Equipment(PPE) apabila diperlukan, menggunakan peralatan serta jentera yang tidak atau masih dalam senggaraan, bergurau senda semasa kerja dan bekerja dibawah pengaruh dadah atau alkohol. 
Bagi bekerja dalam keadaan tidak selamat pula ianya lebih tertumpu kepada keadaan di tempat kerja. Suasana tempat kerja boleh menyebabkan berlakunya kemalangan seperti bunyi bising yang melampau sehingga menyukarkan perhubungan komunikasi antara pekerja, sistem pengudaraan dan pencahayaan yang tidak sempurna, ruang kerja yang tidak dihadang terutamanya bekerja di tempat tinggi dan persekitaran yang terdedah kepada hazard seperti lubang yang tidak ditutup.





Salah satu kerja yang menyebabkan kemalangan berlaku

3 comments:

  1. WEH ORE NOK COPY BAKPO TOK BUI NYO

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. COMEY LA 4 ORE NI...EMPAT EMPAT CUTE2 BELAAKO

    ReplyDelete

SLIDESHOW